Thursday

In a moment, people can change.

Kerana semalam,
Jahilliyah itu adalah ujian,
 harini adalah tarbiyah,
dan esok adalah dakwah. 

Fitrah seorang manusia yang ingin kembali ke jalan Agamanya.

ISLAM.
Islam kah kita? benar-benar islam? atau islam hanya pada nama?

AKU,
seorang pendosa tanpa noktah. hidup dalam jahiliyah.
yang pernah merasa hidup jauh dari Tuhannya. dari agamanya.
aku pernah merasa peritnya hidup dalam jahiliyah.

HIJRAH,
ini keinginanku. aku dah puas. puas hidup dalam keperitan.
aku bukan ingin berubah, cuma aku kembali kepada FITRAH.
itu matlamat aku. ingin menjadi seorang muslimah. inshaaAllah
SOLEHAH.
taubat. tiada istilah terlambat dalam bertaubat, kecuali mati.

aku kembali. kembali untuk mengenal Penciptaku. Allah.
ujian, itu takkan pernah lari dari hidup kita sebagai HambaNya.
ujian itu sebenarnya tarbiyah daripada Allah yang merindui kita.
jangan mengeluh. walaupun pahit, harus tempuh. Allah ada!
syukur Allah mengirimkan sahabat untuk membimbing aku
didalam penghijrahan ini. terima kasih yaAllah untuk kemanisan ini.

KINI,
aku masih belum layak untuk bergelar hamba yang baik.
aku belum 'baik' dalam erti kata yang sebenar. Allah......
masih banyak yang perlu diperbaiki. diperbaharui.
apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah ISTIQAMAH.


Semoga aku berjaya dalam misi (better-muslimah-to-be)
LILLAHITAALA