Saturday

Sebuah Pertemuan

Assalamualaikum.
hati. hati ini meronta-ronta untuk bercerita tentang 
keluarga ke 2 aku. siapa? The PPN's family :)
yaAllah, mengenali mereka adalah satu anugerah yang tiada tandingan.
disini bermula seribu satu kisah dalam hidup kami adik beradik.
Allah, tiada lain yang diharapkan semoga ukhuwah fillah ini kekal.

Bermulanya sebuah perkenalan pada Januari 2011.
walaupun perkenalan agak kurang baik, tapi........
THE BEGINNING IS always THE HARDEST.
walau bagaimanapun, dugaan tetapi dihadapi bersama.

Setelah menjejakkan kaki ke tahun 2012,
Allah.... tiada kata-kata yang mampu digambarkan
betapa indahnya tahun ini. 
kami mula berdiri teguh. bersatu. berjuang. untuk mencapai 1
KEJAYAAN.
segala dugaan kami tempuhi bersama, 
dimarah cikgu, ditengking cikgu 
diabaikan cikgu selama berbulan-bulan. TAPI,
kami tetap teguh bersatu. dan berjuang. kami tahu
setiap apa yang cikgu lakukan terhadap kami 
kerana CIKGU SAYANGKAN KAMI.
Kalau nak diceritakan apa yang telah kami lalui,
memang takkan pernah habis. terlalu banyak. banyak.

segala kejayaan gembira ketawa sedih air mata
jatuh bangun kami kongsi bersama.
Allah.............
Siapa yang tiada ditempat kami, takkan memahami.
SEGALA KENANGAN TERUKIR DISINI!

21MARCH2013
Tarikh keramat yang ditunggu tunggu.
Demi Allah tak tergambar perasaan ini bila PPN sekali lagi
merangkap 3Tahun berturut menjadi BATCH TERBAIK SPM SMVKK.
hanya Allah je tahu betapa gembiranya perasaan kami
bila melihat air mata kebanggaan pada cikgu cikgu PPN.

Kini,
kami membawa haluan masing-masing demi mengejar cita-cita.
TAPI, kami masih BERSATU dalam jiwa dan doa.
tiada apa yang dapat memisahkan kami selain, Allah.

Sahabat, sungguh indah ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini.
semoga kita dapat pertahankan persahabatan ini walau
badai apa pun yang menimpa. sungguh, 
aku tak sanggup kehilangan keluarga ini.

yaRabb, 
TERIMA KASIH UNTUK PERTEMUAN TERINDAH INI


Cikgu-cikgu panitia PPN,
-Cikgu Fauzi
-Cikgu Rafaie
-Cikgu Azmi
-Cikgu Shukri 
-Cikgu Azwa
dan Arwah Cikgu Faisal.

TERIMA KASIH KERANA MENJADI
PENDIDIK & IBU BAPA
TERBAIK BUAT KAMI SEMUA.
Semoga Allah sentiasa memberkati.

3RD BATCH PENGURUSAN PERNIAGAAN SMVKK
DALAM KENANGAN :")

Salam cinta kasih dan rindu teramat;
Aina

Memutuskan Silaturahim: Satu Dosa Besar

Riwayat al-bukhari / Akidah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim

i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

#NOTETOMYSELF
Rasa berdosa sebab pernah terfikir nak buat semua ni. nak tinggalkan masa lalu. nak lupakan orang yang pernah aku sayang, orang yang pernah bahagiakan diri ini, kemudian lukakan hati ini. inilah sifat yang disukai syaitan. maafkan aku teman, sahabat, saudara. maafkan aku. dengan izin Allah, sedaya upaya akan ku pertahankan ukhuwah kita. tiada yang menjadi impian semoga setiap apa yang dilakukan akan diredhai ALLAH.