*Dalam sebuah persahabatan, pasti ada pasang surutnya.
Kamu akan rasa marah apabila mengetahui sahabat baik
kamu pernah mengata kamu. begitu juga dengan rakan
kamu. Pasti dia pernah berkecil hati terhadap kamu
walaupun ada kalanya kamu mengatakan ia sekadar
gurauan. Ini dianggap normal kerana tiada manusia yang
tidak pernah melakukan kesilapan. Namun, bila rakan
kamu menjauhkan diri tanpa sebab, ia pasti membuatkan
kamu tertanya-tanya. Bagi kamu yang sedang buntu,
jom baca panduan tentang tanda-tanda sahabat kamu
yang ingin MEMUTUSKAN PERSAHABATAN .
1. TIDAK BERTEGUR SAPA
Kamu bertemu dengan kawan kamu di majlis hari jadi kawan
kawan yang lain dan dia tidak menegur kamu. Bahkan dia bertindak
seolah-olah tidak mengenali kamu. Ini bukanlah bukti yang
menunjukkan persahabatan kamu telah berakhir tetapi ini adalah
salah satu petunjuk awal yang harus diperhatikan.
2.MENJAUHKAN DIRI
Ketika bertembung, dia cuba untuk mengelak diri dari bertemu kamu.
Mungkin ada sesuatu yang kamu lakukan secara tidak sedar. Adakah
kamu telah menyakiti hati kawan kamu secara tidak sengaja?
Adakah kamu tidak punya waktu bersama kawan kamu?
Jika tidak ada alasan berkaitan, ini mungkin petanda kawan kamu
sudah tidak mahu bercakap dengan kamu lagi.
3.DIA MEMILIKI KUMPULAN TEMAN-TEMAN BARU
Kawan kamu banyak menghabiskan masa dengan orang lain
dan selalu keluar bersama mereka. Dia juga tidak mengajak kamu
untuk keluar bersama dan lebih mempercayai kawan barunya
dari kamu. Jika ini terjadi, kemungkinan kawan kamu sudah
tidak mahu untuk bersama dengan kamu.
4.DIA SELALU SIBUK
Kamu berdua pasti akan meluangkan masa untuk keluar bersama
walaupun kamu dan kawan kamu sangat sibuk dengan
pelajaran. Sekarang, apabila kamu cuba untuk keluar dengannya,
kawan kamu selalu mengelakdan tidak mempunyai masa
unutk keluar bersama kamu. Alasannya dia selalu sibuk
tetapi dia masih mempunyai masa untuk menonton wayang
bersama kawan barunya.
5.DIA MENGABAIKAN PANGGILAN KAMU
Setiap kali kamu menghubunginya, jarang sekali panggilan kamu
akan berjawab. Bahkan kawan kamu juga tidak menghubungi
kamu kembali. Kawan kamu juga memberi alasan yang dia
sibuk mengulangkaji pelajaran sedangkan kawan yang lain
memberitahu dia selalu berbual di talian.
6.DIA TIDAK INGIN MENAMBAH KAMU DI FACEBOOK
Halaman sosial seperti Facebook menjadi salah satu medium
kegemaran bagi kamu untuk berhubung dengan kawan-kawan
dan berkongsi informasi terkini. Kmu telah menghantar banyak
pernintaan untuk menambah kawan kamu, tapi dia tidak menerima.
Dia terus memberi alasan tidak sempat untuk melayari internet
tetapi kamu melihat dia menambah orang lain.
*Setiap manusia punya cara, karakter serta sikap yang berbeza.
Dan kerana itulah ada pepatah mengatakan
'manusia rambut sahaja sama hitam, tetapi hati lain-lain'.
Dalam persahabatan, kita wajib menerima hakikat tersebut.
Semua sahabat yang kita miliki itu, tidak sempurna sifatnya.
Ada yang terlalu emosional atau mungkin cepat terasa.
Kamu jangan sesekali berjauh hati dan menyisihkan
mereka tetapi teruslah mendampingi mereka.
- TAMAT -