Saturday

Sebuah Pertemuan

Assalamualaikum.
hati. hati ini meronta-ronta untuk bercerita tentang 
keluarga ke 2 aku. siapa? The PPN's family :)
yaAllah, mengenali mereka adalah satu anugerah yang tiada tandingan.
disini bermula seribu satu kisah dalam hidup kami adik beradik.
Allah, tiada lain yang diharapkan semoga ukhuwah fillah ini kekal.

Bermulanya sebuah perkenalan pada Januari 2011.
walaupun perkenalan agak kurang baik, tapi........
THE BEGINNING IS always THE HARDEST.
walau bagaimanapun, dugaan tetapi dihadapi bersama.

Setelah menjejakkan kaki ke tahun 2012,
Allah.... tiada kata-kata yang mampu digambarkan
betapa indahnya tahun ini. 
kami mula berdiri teguh. bersatu. berjuang. untuk mencapai 1
KEJAYAAN.
segala dugaan kami tempuhi bersama, 
dimarah cikgu, ditengking cikgu 
diabaikan cikgu selama berbulan-bulan. TAPI,
kami tetap teguh bersatu. dan berjuang. kami tahu
setiap apa yang cikgu lakukan terhadap kami 
kerana CIKGU SAYANGKAN KAMI.
Kalau nak diceritakan apa yang telah kami lalui,
memang takkan pernah habis. terlalu banyak. banyak.

segala kejayaan gembira ketawa sedih air mata
jatuh bangun kami kongsi bersama.
Allah.............
Siapa yang tiada ditempat kami, takkan memahami.
SEGALA KENANGAN TERUKIR DISINI!

21MARCH2013
Tarikh keramat yang ditunggu tunggu.
Demi Allah tak tergambar perasaan ini bila PPN sekali lagi
merangkap 3Tahun berturut menjadi BATCH TERBAIK SPM SMVKK.
hanya Allah je tahu betapa gembiranya perasaan kami
bila melihat air mata kebanggaan pada cikgu cikgu PPN.

Kini,
kami membawa haluan masing-masing demi mengejar cita-cita.
TAPI, kami masih BERSATU dalam jiwa dan doa.
tiada apa yang dapat memisahkan kami selain, Allah.

Sahabat, sungguh indah ukhuwah yang terjalin kerana Allah ini.
semoga kita dapat pertahankan persahabatan ini walau
badai apa pun yang menimpa. sungguh, 
aku tak sanggup kehilangan keluarga ini.

yaRabb, 
TERIMA KASIH UNTUK PERTEMUAN TERINDAH INI


Cikgu-cikgu panitia PPN,
-Cikgu Fauzi
-Cikgu Rafaie
-Cikgu Azmi
-Cikgu Shukri 
-Cikgu Azwa
dan Arwah Cikgu Faisal.

TERIMA KASIH KERANA MENJADI
PENDIDIK & IBU BAPA
TERBAIK BUAT KAMI SEMUA.
Semoga Allah sentiasa memberkati.

3RD BATCH PENGURUSAN PERNIAGAAN SMVKK
DALAM KENANGAN :")

Salam cinta kasih dan rindu teramat;
Aina